I Asked God

Monday, October 5, 2009 at 9:52 AM


I asked God for strength, that I might achieve,
I was made weak, that I might learn humbly to obey.

I asked for health, that I might do greater things,
I was given infirmity, that I might do better things.

I asked for riches, that I might be happy,
I was given poverty, that I might be wise.

I asked for power, that I might have the praise of men,
I was given weakness, that I might feel the need of God.

I asked for all things, that I might enjoy life,
I was given life, that I might enjoy all things.

I got nothing I asked for--but everything I had hoped for.

Almost despite myself, my unspoken prayers were answered.

I am, among all men, most richly blessed.

Transformed's Assignment

Saturday, October 3, 2009 at 11:18 AM
This is our assignment given by Sist Alip before the concert. So, I would like to share mine with all of you who're actually following this blog. Any responds or feedbacks are very much appreciated and welcome~

“Do not conform yourselves to this age but be transformed by the renewal of your mind, that you may discern what is the will of God, what is good and pleasing and perfect.”

Kenapa Tuhan menghalang kita untuk menjadi serupa dengan dunia? Apakah hal-hal duniawi yang kita tidak boleh ikuti?

Kerana dunia ini hanya sementara. Kita semua akan meninggalkan dunia ini suatu hari nanti dan akan tinggal bersama-sama Bapa kita di Surga. Tetapi! Adakah kita pasti kita akan ke surga? Ini persoalan yang harus kita selidiki pada diri kita masing-masing. Jadi untuk memastikan kita beroleh hidup yang kekal, kita harus lah hidup berkenan kepada Tuhan Allah kita dan tidak sama sekali hidup menjadi serupa dengan dunia. Terdapat banyak, sangat byk hal duniawi yang kita sebagai orang yang percaya kepada Tuhan bergumul dalam kehidupan seharian kita. Bila kita mengutamakan perkara-perkara duniawi melebihi perkara yang menyenangkan hati Tuhan, kita sebenarnya mempersembahkan hidup kita kepada dunia dan bukan kepada Tuhan.

DOSA. Apa itu dosa? Sering kali orang mendefinisikan dosa sebagai satu perbuatan yang salah, kejam, tidak perikemanusian, tetapi adakah mementingkan diri sendiri, sombong, iri hati, tamak harta benda, menyembah berhala/idol dan sebagainya adalah dosa? Ya, ini adalah merupakan sebahagian kecil daripada hal-hal duniawi yang kita tidak sedar semakin hari semakin menguasai kehidupan kita. Jika kita melihat orang di sekeliling kita berebut untuk mengejar kekayaan, mengumpul harta benda, merebut pangkat, janganlah kita juga berlumba-lumba untuk menyaingi dan bertindak seperti orang yang tidak mengenal Tuhan.

Apakah perubahan fikiran (budi) yang Tuhan mahukan? Kenapa?

Jadi apakah yang kita harus perbuat? Ke mana arah tuju kita? Bagaimanakah kita memulai untuk mengubah keadaan ini? Tetapi percaya la, Tuhan punya rencana bagi kita semua. Semua kita adalah milik Tuhan, Dia berupaya untuk memanggil kita dan Dia ingin kita berubah secara TOTAL . Persoalannya, adakah kita sanggup untuk menerima panggilan dan menjawab panggilan Tuhan? Segala tindakan dan perasaan kita di kawal oleh akal fikiran jadi Tuhan ingin merubah fikiran ( budi) kita. Jadi adakan selama ini kita menyedari bahawa Tuhan inginkan suatu perubahan dalam hidup kita? God wants to heal our thoughts, our desires, our emotions and our values. He wants to change us to reflect His nature. In my own opinion, what God really wants from us is to reconstruct the way we think. Our perceptions towards things around us.

Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat mengawal segala hal,namun kita harus mencuba dan meminta pertolongan dari Tuhan untuk membimbing kita ke arah pemikiran yang sepatutnya.

Perubahan fikiran yang Tuhan inginkan dari kita ialah, kita harus menerima sesiapa saja seadanya tanpa menghakimi mereka kerana itu adalah bukan tanggungjawab kita. Kita sering sekali menghakimi orang lain sebelum mengenal hati budi mereka jadi ini adalah satu sikap yang tidak sihat. Jika kita selalu beranggapan negative terhadap orang lain, kasih tidak akan tinggal di dalam kita. Ini akan menyebabkan banyak konflik dan sebagainya oleh itu kita harus lah ikhlas mengasihi sesama kita mahupun dengan sesiapa saja. Dengan adanya pertalian yang ikhlas dan kuat sesama jemaat, perkerjaan Tuhan pasti akan terjadi dan bimbingan dari Roh kudus pasti akan mengalir dengan melimpahnya dalam setiap peribadi kita.

Dalam banyak hal, kita harus memikirkan dan melakukan perkara-perkara yang menbangun dan bukan yang memundurkan diri kita. Contohnya, kita boleh mengatakan kita tidak perlu menghadiri ibadah Ahad kerana di rumah juga kita boleh memuji dan menyembah Tuhan. Ini adalah contoh pemikiran yang Tuhan tidak mahu. Jika semua orang mempunyai pemikiran sedemikian, apa yang terjadi dengan gereja-gereja dan kelompok-kelompok sel dan sebagainya? Sudah pasti misi-misi gereja dan pekerjaan Tuhan untuk tidak tercapai dan terlaksana.

Apa pun hal yang sedemikian, yang paling penting kita harus percaya! Dalam segala hal, kita harus percaya kepada Tuhan dan sentiasa merujuk kepada firmanNya, dan jangan bersandar kepada kekuatan kita sendiri.

Apakah Kehendak Allah?

Bagi saya hanya ada satu jalan;

‘BERTOBATLAH’

Apa yang Tuhan inginkan adalah sebuah hati, peribadi, jiwa, roh yang kudus dan benar di hadapanNya. Kita harus mengaku akan segala dosa dan semua keburukan, kelemahan kita di hadapan Tuhan dan betobat. Jangan berlengah lagi dan menunggu saat yang sesuai kerana ini la waktu nya kita mencari Tuhan dan meminta Dia tinggal di dalam kita. Kerana masa Tuhan sudah dekat. Kita harus percaya kepada Dia yang telah mati bagi dosa kita dan bangkit di antara orang mati. Bertobatlah dan terima lah Yesus sebagai juruselamat kita.

Apakah yang baik, berkenan kepada Allah dan yang sempurna yang kita boleh berikan kepada Tuhan?

Tuhan tidak menginginkan harta-benda, rumah besar yang kita miliki untuk membawa jemaat mengadakan kelompok sel, Dia juga tidak menginginkan wang kita yang banyak untuk membina gereja yang cantik dan besar tetapi di penuhi dengan jemaat yang tidak bersungguh-sungguh, Dia juga tidak menginginkan pakaian kita yang mahal dan cantik yang kita gunakan setiap hari Ahad untuk datang memuji dan menyembah dia, tetapi apa yang Dia benar-benar inginkan ialah hati kita. Adakah apa yang kita miliki, kita perolehi, kita berikan, adalah demi kemuliaan nama Tuhan?

Tidak ada yang lebih mengembirakan hati Bapa melainkan dari penyerahan hati dan hidup kita yang kudus dan benar kepada Dia.

KESIMPULAN:

”Conversion is the divinely directed metamorphosis of our minds, emotions, motivations, desires and actions from the way of the natural person, which guarantees death, to the spiritual character of God. God isn’t interested in just remodeling our characters. He wants to replace it with His nature. God wants to change us from mud crawlers into creatures who can fly! (by; Gary Petty)

Mission Trip at Kpg Langkap

at 10:07 AM







Terima kasih dan syukur kepada Tuhan kerana kami diberi kesempatan untuk bertemu dan melayani orang-orang asli Kampung Palawan, Langkap. Ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh semua kami yang telah mengikuti Trip Orang Asli. Rombongan SYC kali ini terdiri daripada 22 orang termasuk 8 orang pelajar baru.

Walaupun trip ini cuma selama 2 hari 1 malam, namun kami begitu di berkati oleh jemaat serta pastor gereja iaitu Pastor Tan. Beliau merupakan seseorang yang sangat diberkati Tuhan dan kami juga sempat mendengar kesaksian beliau bagaimana kehidupannya yang telah di ubah/ di transfomasikan oleh Tuhan. Layanan yang sangat istimewa serta persediaan mereka menyambut kedatangan kami sangat kami hargai.

Kami amat kagum dengan pekerjaan Tuhan di antara saudara seiman kita di Kpg Palawan. Walaupun terdapat segelintir yang masih belum menerima Tuhan sebagai Juruslamat, namun kebaktian yang singkat pada malam Jumaat cukup untuk mengatakan bahawa mereka mempunyai kerinduan untuk lebih lagi melayani dan mengenal Yesus.

Kami amat terhibur dengan aktiviti sukaneka bersama Pelayanan Kanak-kanak Sekolah Minggu, meskipun pada awalnya, kanak-kanak ini nampak malu namun mereka pada akhirnya mereka kelihatan begitu gembira sekali.

Ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat kami lupakan. Kami sebenarnya punya kerinduan untuk melayani pemuda-pemudi tetapi tidak berkesempatan. Di harapkan aktiviti seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan, supaya kita dapat memberkati dan di berkati! Amen

The living one,

Pamela Mue'

Drama "Everything"

Tuesday, September 29, 2009 at 8:46 AM
Sebuah drama muzikal bertajuk "Everything" dipersembahkan oleh YouthNited Stars sebagai pembuka tirai Ibadah Worship Together pada 26 September 2009. Sebuah persembahan yang cukup bermakna buat semua menontonnya. Drama yang berkisar tentang godaan, cobaan, kekecewaan dan dosa yang melanda yang akhirnya ditebus oleh seorang peribadi. Sang penebus tersebut adalah juruselamat kita, Yesus Kristus. Sama-sama kita saksikan..



He's our everything. Think about it.

Cheers,
@ndy

Kitalah Bintang Itu

Monday, September 28, 2009 at 9:12 PM

Satu kerinduan YouthNited Stars, sebagai muda mudi Grace Shah Alam iaitu ingin melihat terjadinya satu transformasi buat anak-anak muda di luar sana. Kita lihat masakini terlalu banyak teknologi yang muncul dari hari ke hari : revolusi telefon bimbit iphone, pemain media mudah alih (portable media player), pemain mp3 dan malah aplikasi web yang kian popular seperti Facebook turut mencuri perhatian kita dari hari ke hari. Tidak lupa juga dengan dunia blog. Cuma harus ingat jika kita lalai, ia mungkin mengarahkan kita ke sudut yang negatif dan melekakan.

Oh, ini bukan salah teknologi. Peredaran zaman sebegini memang harus berlaku supaya kita juga turut beredar dari zon selesa kita dengan melengkapkan diri kita dengan santapan firman Tuhan. Harus seiring dengan perbuatan.. (walk the talk). Ya! Beritakan khabar baik dan jadilah teladan buat mereka di luar sana khususnya kita generasi muda. Jika teknologi ini boleh mempengaruhi banyak orang dalam hal-hal dunia, maka ia juga boleh memainkan peranan yang sama dalam pembangunan rohani, bukan? Percayalah, generasi muda mampu memberi impak dan terang buat banyak orang. Pergunakanlah segala yang telah ada ini!

Seringkali bermain-main di kepala saya sebuah lagu dari sebuah band rohani iaitu LifeTree yang berjudul Akulah Bintang. Korus lagu ini berbunyi.. "Akulah Bintang, Akulah Terang Yang Bersinar di Tengah Dunia.." Juga seperti yang dinyatakan dalam Filipi 2:15. Ketika mendengarkan ini, hati saya sering berbisik, "Ya, akulah bintang itu.. yang sentiasa akan bersinar.. "

Jom YouthNited Stars! Jangan tunggu lagi.


"Dia yang memuaskan hasratmu dengan kebaikan, sehingga masa mudamu menjadi baru seperti pada burung rajawali.. " - Mazmur103:5

Cheers,
@ndy

The Beginning

Wednesday, September 16, 2009 at 2:23 AM
Shalom kepada semua Youthnited Stars,

Segala puji dan syukur hanya untuk Tuhan Yesus Kristus. Dia ajaib dan luar biasa. Kewujudan Youthnited Stars bukan satu kebetulan, itu yang pasti. Setelah mengalami bermacam-macam pengalaman dalam melayani muda-mudi selama beberapa tahun kebelakangan ini terutamanya di gereja yang berbahasa Malaysia. Akhirnya Tuhan telah memberikan kebangkitan yang baru buat anak-anak muda di kota Shah Alam. Kebangkitan dan pemulihan fikiran, roh yang bersemangat, kerinduan mau melayani dengan sepenuh hati dan timbulnya belas kasihan terhadap masalah yang menimpa anak-anak muda masa sekarang. Oleh kerana ketekunan dalam doa dan puasa akhirnya pekerjaan Tuhan mula menjadi nyata. Kami bukan nyatakan jumlah tetapi secara peribadi mereka mengalami pemulihan hubungan dengan Bapa di syurga.

Youthnited Stars mempunyai tanggungjawab untuk menjangkau anak-anak muda yang sudah kehilangan hubungan dengan Yesus. Menjadi saluran pengharapan yang baru. Kita mau membentuk dan membangkitkan pemimpin yang serupa Kristus. Kami percaya anak-anak muda ada potensi yang besar dalam membangunkan Kerajaan Allah di tengah-tengah kita. Dan mereka berperanan untuk mengembangkannya sesuai anugerah yang Tuhan telah berikan. Kita juga mahu menyedarkan kepada golongan ini tentang Tujuan Hidup mereka. Dengan mengetahui tujuan hidup mereka dengan Tuhan barulah mereka akan menjadi umat percaya yang berhasil dan berbuah tetap dan lebat. Kita mahu melihat anak-anak muda yang hidup mereka menjadi impak dan bersinar setiap masa sehingga pengaruh mereka dapat memenangkan banyak jiwa kepada Yesus.

Kita tahu semua itu tidak mudah. Tuhan mahu kita percaya kepadaNya dan berjalan dalam kuasa dan urapan Tuhan. Anak-anak muda yang menjadi pemimpin gereja yang hebat di masa depan perlu dibangkitkan sekarang. Anak-anak muda yang penuh dengan Roh Allah. Kami sedar posisi kami di sini bahawa semua yang kami lakukan ialah untuk Tuhan dan untuk kemuliaan Tuhan semata. Tiada agenda yang lain. Segala yang terjadi oleh kerana kepercayaan, kesetiaan, kerelaan kerendahan hati, kesatuan, komitmen dan belas kasihan Tuhan.
Zak 4:6 bukan dengan keperkasaan tetapi oleh Roh Tuhan.

Saya selaku Pastor yang diberi tanggungjawab dan amanah dari Bapa di syurga di daerah ini ingin sentiasa berkongsi berkat dan pengalaman dengan semua yang memerlukan. Kami masih berada dalam proses dan lawatan Tuhan. Segala ketidakmampuan dan ketidaksempurnaan kami berada dalam tangan Yesus. Dia berkuasa dan Mulia. Marilah sertai angkatan Yesus yang hidup, bangkit dan bersinar ini. Anda pasti diberkati. Sekian Tuhan memberkati.

Oleh,
Ps. PerRoberto
Youthnited Stars.

Youth Nited Stars Now Blogging for Ministry!

Saturday, September 5, 2009 at 8:58 PM
Yeah. Ini adalah permulaan buat kami.