Kitalah Bintang Itu

Monday, September 28, 2009 at 9:12 PM

Satu kerinduan YouthNited Stars, sebagai muda mudi Grace Shah Alam iaitu ingin melihat terjadinya satu transformasi buat anak-anak muda di luar sana. Kita lihat masakini terlalu banyak teknologi yang muncul dari hari ke hari : revolusi telefon bimbit iphone, pemain media mudah alih (portable media player), pemain mp3 dan malah aplikasi web yang kian popular seperti Facebook turut mencuri perhatian kita dari hari ke hari. Tidak lupa juga dengan dunia blog. Cuma harus ingat jika kita lalai, ia mungkin mengarahkan kita ke sudut yang negatif dan melekakan.

Oh, ini bukan salah teknologi. Peredaran zaman sebegini memang harus berlaku supaya kita juga turut beredar dari zon selesa kita dengan melengkapkan diri kita dengan santapan firman Tuhan. Harus seiring dengan perbuatan.. (walk the talk). Ya! Beritakan khabar baik dan jadilah teladan buat mereka di luar sana khususnya kita generasi muda. Jika teknologi ini boleh mempengaruhi banyak orang dalam hal-hal dunia, maka ia juga boleh memainkan peranan yang sama dalam pembangunan rohani, bukan? Percayalah, generasi muda mampu memberi impak dan terang buat banyak orang. Pergunakanlah segala yang telah ada ini!

Seringkali bermain-main di kepala saya sebuah lagu dari sebuah band rohani iaitu LifeTree yang berjudul Akulah Bintang. Korus lagu ini berbunyi.. "Akulah Bintang, Akulah Terang Yang Bersinar di Tengah Dunia.." Juga seperti yang dinyatakan dalam Filipi 2:15. Ketika mendengarkan ini, hati saya sering berbisik, "Ya, akulah bintang itu.. yang sentiasa akan bersinar.. "

Jom YouthNited Stars! Jangan tunggu lagi.


"Dia yang memuaskan hasratmu dengan kebaikan, sehingga masa mudamu menjadi baru seperti pada burung rajawali.. " - Mazmur103:5

Cheers,
@ndy

0 comments

Post a Comment