The Beginning

Wednesday, September 16, 2009 at 2:23 AM
Shalom kepada semua Youthnited Stars,

Segala puji dan syukur hanya untuk Tuhan Yesus Kristus. Dia ajaib dan luar biasa. Kewujudan Youthnited Stars bukan satu kebetulan, itu yang pasti. Setelah mengalami bermacam-macam pengalaman dalam melayani muda-mudi selama beberapa tahun kebelakangan ini terutamanya di gereja yang berbahasa Malaysia. Akhirnya Tuhan telah memberikan kebangkitan yang baru buat anak-anak muda di kota Shah Alam. Kebangkitan dan pemulihan fikiran, roh yang bersemangat, kerinduan mau melayani dengan sepenuh hati dan timbulnya belas kasihan terhadap masalah yang menimpa anak-anak muda masa sekarang. Oleh kerana ketekunan dalam doa dan puasa akhirnya pekerjaan Tuhan mula menjadi nyata. Kami bukan nyatakan jumlah tetapi secara peribadi mereka mengalami pemulihan hubungan dengan Bapa di syurga.

Youthnited Stars mempunyai tanggungjawab untuk menjangkau anak-anak muda yang sudah kehilangan hubungan dengan Yesus. Menjadi saluran pengharapan yang baru. Kita mau membentuk dan membangkitkan pemimpin yang serupa Kristus. Kami percaya anak-anak muda ada potensi yang besar dalam membangunkan Kerajaan Allah di tengah-tengah kita. Dan mereka berperanan untuk mengembangkannya sesuai anugerah yang Tuhan telah berikan. Kita juga mahu menyedarkan kepada golongan ini tentang Tujuan Hidup mereka. Dengan mengetahui tujuan hidup mereka dengan Tuhan barulah mereka akan menjadi umat percaya yang berhasil dan berbuah tetap dan lebat. Kita mahu melihat anak-anak muda yang hidup mereka menjadi impak dan bersinar setiap masa sehingga pengaruh mereka dapat memenangkan banyak jiwa kepada Yesus.

Kita tahu semua itu tidak mudah. Tuhan mahu kita percaya kepadaNya dan berjalan dalam kuasa dan urapan Tuhan. Anak-anak muda yang menjadi pemimpin gereja yang hebat di masa depan perlu dibangkitkan sekarang. Anak-anak muda yang penuh dengan Roh Allah. Kami sedar posisi kami di sini bahawa semua yang kami lakukan ialah untuk Tuhan dan untuk kemuliaan Tuhan semata. Tiada agenda yang lain. Segala yang terjadi oleh kerana kepercayaan, kesetiaan, kerelaan kerendahan hati, kesatuan, komitmen dan belas kasihan Tuhan.
Zak 4:6 bukan dengan keperkasaan tetapi oleh Roh Tuhan.

Saya selaku Pastor yang diberi tanggungjawab dan amanah dari Bapa di syurga di daerah ini ingin sentiasa berkongsi berkat dan pengalaman dengan semua yang memerlukan. Kami masih berada dalam proses dan lawatan Tuhan. Segala ketidakmampuan dan ketidaksempurnaan kami berada dalam tangan Yesus. Dia berkuasa dan Mulia. Marilah sertai angkatan Yesus yang hidup, bangkit dan bersinar ini. Anda pasti diberkati. Sekian Tuhan memberkati.

Oleh,
Ps. PerRoberto
Youthnited Stars.

1 Responses to The Beginning

  1. IvY Says:

    Ya Pastor kami turut merasakan kebangkitan anak-anak muda di gereja kita dan kami amat bersyukur kerana campur tangan Tuhan dalam hal ini dan juga kepada Pastor dan jemaat-jemaat yang lain terutama team praise and worship yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar kepada kami...

    ~We will shine like stars~

Post a Comment