Mission Trip at Kpg Langkap

Saturday, October 3, 2009 at 10:07 AM







Terima kasih dan syukur kepada Tuhan kerana kami diberi kesempatan untuk bertemu dan melayani orang-orang asli Kampung Palawan, Langkap. Ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh semua kami yang telah mengikuti Trip Orang Asli. Rombongan SYC kali ini terdiri daripada 22 orang termasuk 8 orang pelajar baru.

Walaupun trip ini cuma selama 2 hari 1 malam, namun kami begitu di berkati oleh jemaat serta pastor gereja iaitu Pastor Tan. Beliau merupakan seseorang yang sangat diberkati Tuhan dan kami juga sempat mendengar kesaksian beliau bagaimana kehidupannya yang telah di ubah/ di transfomasikan oleh Tuhan. Layanan yang sangat istimewa serta persediaan mereka menyambut kedatangan kami sangat kami hargai.

Kami amat kagum dengan pekerjaan Tuhan di antara saudara seiman kita di Kpg Palawan. Walaupun terdapat segelintir yang masih belum menerima Tuhan sebagai Juruslamat, namun kebaktian yang singkat pada malam Jumaat cukup untuk mengatakan bahawa mereka mempunyai kerinduan untuk lebih lagi melayani dan mengenal Yesus.

Kami amat terhibur dengan aktiviti sukaneka bersama Pelayanan Kanak-kanak Sekolah Minggu, meskipun pada awalnya, kanak-kanak ini nampak malu namun mereka pada akhirnya mereka kelihatan begitu gembira sekali.

Ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat kami lupakan. Kami sebenarnya punya kerinduan untuk melayani pemuda-pemudi tetapi tidak berkesempatan. Di harapkan aktiviti seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan, supaya kita dapat memberkati dan di berkati! Amen

The living one,

Pamela Mue'

1 Responses to Mission Trip at Kpg Langkap

  1. ~PakKaramu~ Says:

    Meh join blog Pak Karamu

Post a Comment